Selasa, 13 April 2010

+ perancangan / idea


Pastikan tidak ada yang TERLUPA . . .

Persediaan Majlis Perkahwinan bukanlah mudah kerana anda dan keluarga akan menerima ramai tetamu pada masa yang sama.  Oleh itu, anda perlu berhati-hati.  Pastikan ia molek dan tidak pincang dan dapat memuaskan semua tetamu yang hadir.  Lantaran itu, tidak kira sama ada majlis yang di adakan kecil , sederhana atau besar, perkara utama yang perlu dilakukan ialah perancangan yang teliti.  Anda boleh mengikut panduan mudah yang tertera di sini untuk menyusun agenda majlis anda ...




3 Bulan Sebelum Majlis ;
  • Tarikh Majlis sudah ditetapkan.
  • Menyenaraikan jumlah tetamu.
  • Menempah kad undangan.
  • Membuat tempahan Hotel / Dewan.
  • Menempah Katerer dan Khemah ( jika majlis berlangsung di rumah ).
  • Tempahan JuruFoto dan JuruVideo.
  • Tempahan Baju Pengantin / Baju Nikah dan JuruAndam.
  • Mulakan pencarian lokasi bulan madu.
  • Mengumpul barang hantaran.
  • Menempah cincin sekiranya anda mahu yang ditempah khas.
  • Selesaikan kursus perkahwinan ataupun sebarang prosedur perkahwinan mengikut tradisi masing-masing.
  • Mula memilih Hiasan Bilik Tidur dan Pelamin ( sekiranya tiada dalam pakej andaman yang ditempah ).
  • Memilih pengapit dan pakaiannya sekiranya ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
  • Mula menjalani rawatan kecantikan.



Sebulan Sebelum Majlis ;
  • Senaraikan tetamu yang mengesahkan kedatangan.
  • Tetapkan jumlah jemputan kepada pihak Katering.
  • Tetapkan JuruAndam / JuruMekap.
  • Tetapkan JuruFoto / JuruVideo.
  • Menyiapkan Barang Hantaran.
  • Mencuba makanan sama ada Hotel / Katerer.
  • Menetapkan Jurunikah ( bagi pasangan islam ).
  • Sudah menetapkan Tarikh Penerbangan / Perjalanan keluarga untuk bertandang ke majlis persandingan pihak keluarga pengantin.



Seminggu Sebelum Majlis ;
  • Mencuba Pakaian Nikah / Pakaian Pengantin.
  • Mencuba Mekap pengantin.
  • Menetapkan susun atur tempat duduk ( jika di buat di hotel / dewan ).
  • Mula Menyiapkan Pelamin dan Bilik Tidur.
  • Sudah berkemas barang untuk berbulan madu.
  • Sudah berkemas barang pakaian untuk perpindah ke rumah mertua ( malam pertama di rumah pengantin )
  • Menetapkan pengapit ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
  • Menetapkan Atur Cara Majlis dan memilih JuruCakap ( M.C ) untuk melicinkan lagi majlis pernikahan / persandingan di  ( rumah / hotel / dewan ).
  • Sementara menanti hari bahagia dapatkan Rehat yang secukupnya.
  • Pergi Spa ( kecantikan ) atau urutan tradisional untuk menyegarkan kulit tubuh badan penganti.



















Di Hari Perkahwinan ;
  • Tidur dengan seculupnya dan bangun dengan perasaan dan semangat yang baru dan ceria.
  • Sentiasa berDoa ke Hadrat Ilahi supaya semua perancangan / persiapan majlis berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah hendakNya.
  • Menghadapi hari dengan tenang dan gembira. Jadilah pengantin yang berbahagia.
  • Tidak lupa mengucap Terima Kasih kepada tetamu dan individu yang terlibat dalam majlis gemilang itu. 
  • Yakin dan Bersedia menghadapi Hidup Berumahtangga. 




        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan