Khamis, 8 April 2010

+ panduan & tips ;


TETAMU HADIR DENGAN PENUH RIANG DAN PULANG DENGAN PENUH MAKNA


1-   KAD UNDANGAN ;

   "Utusan dikirim mengundang datang, jauh dan dekat dijemput bertandang"  itulah tujuan kad undangan diutus sekalian kenalan, sanak-saudara dan jiran tetangga.  Jangan ambil mudah, utuslah undangan yang sempurna.

   Tidak semestinya melibatkan kos yang tinggi, apa yang penting adalah sedap mata memandang dan luangkanlah masa atau berwakilkan ahli keluarga untuk menjemput tetamu yang bakal anda undang. Pasti mereka akan berbesar hati untuk menghadiri majlis bersejarah anda itu.

2-   LOKASI ;

   Tidak kira mana jua cadangan lokasi majlis resepsi anda sama ada di rumah, dewan sekalipun di hotel terkemuka, "lokasi yang strategik" bersama delorasi yang tepat amat memainkan peranan penting dalam merealisasikan perlangsungan sesebuah majlis perkahwinan.  Lokasi yang menjadi latar penyaksian penyatu cinta anda dan si dia  haruslah :

a)    SELESA,  yakni jumlah jemputan haruslah bertepatan dengan ruang lokasi yang menjadi pilihan bagi mengelakkan kesesakan tetamu uang hadir dalam satu-satu tempoh masa.

b)   MUDAH,  untuk para jemputan hadir. Pernah anda bertembung dengan situasi sukar mencari lokasi perkahwinan yang anda ingin tahu ?  Pasti anda lebih mengetahui bagaimana payahnya keadaan yang ditempuhi, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi, rancanglah lokasi yang strategik emi kebaikan semua pihak.

c)   MENEPATI  gaya majlis idaman yang anda berdua idam-idamkan. Realisasikanlah segala anganan anda berdua bersama lokasi yang bersesuaian dengan konsep yang dirancang.  Ini penting dalam menaikkan mood yang ingin disampaikan.  Contohnya jika anda inginkan konsep perkahwinan bertemakan beach wedding.  Carilah lokasi menghadap laut yang benar-benar dapat diekspresikan konsep tersebut selain hanya menggunakan dewan yang terletak di pusat bandar.


3-   KASIH SAYANG ;

   Perlihatkan kasih sayang kekeluargaan. Hati para tetamu pasti tersentuh apabila melihat seisi keluarga 'turun padang' terutamanya dalam mengetahui urusan perihal santapan.
   
Segala pengalaman dan rasa ikhlas yang lahir akan memberikan impak yang berlainan pada mata hati para hadirin. Terutamanya jenis pilihan masakan datangnya daripada masakan tradisi resepi turun-temurun keluarga anda. Semestinya akan terserlah keenakannya dengan rasa yang tersendiri.


4-   RAMAH MESRA ;

   Majlisserba meriah, tambahkan lagi kemanisan memori yang tercipta bersama tetamu anda dengan beramah mesra sambil saling menghulurkan cendrhati istimewa buat mereka. Menghargai kesudian tetamu yang datang memberi restu atau penyatu cinta anda pasti memberi suatu perasaan yang istimewa sdi sudut hati tetamu anda.


Berhulur kasih bersalam sayang,
Berjemput mulut mengundang datang;
Tetamu hadir berwajah riang,
Pulangnya juga berhati senang...

Petikan Dari : Ratu Sehari 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan