Pastikan tidak ada yang TERLUPA . . .
Persediaan Majlis Perkahwinan bukanlah mudah kerana anda dan keluarga akan menerima ramai tetamu pada masa yang sama. Oleh itu, anda perlu berhati-hati. Pastikan ia molek dan tidak pincang dan dapat memuaskan semua tetamu yang hadir. Lantaran itu, tidak kira sama ada majlis yang di adakan kecil , sederhana atau besar, perkara utama yang perlu dilakukan ialah perancangan yang teliti. Anda boleh mengikut panduan mudah yang tertera di sini untuk menyusun agenda majlis anda ...
3 Bulan Sebelum Majlis ;
- Tarikh Majlis sudah ditetapkan.
- Menyenaraikan jumlah tetamu.
- Menempah kad undangan.
- Membuat tempahan Hotel / Dewan.
- Menempah Katerer dan Khemah ( jika majlis berlangsung di rumah ).
- Tempahan JuruFoto dan JuruVideo.
- Tempahan Baju Pengantin / Baju Nikah dan JuruAndam.
- Mulakan pencarian lokasi bulan madu.
- Mengumpul barang hantaran.
- Menempah cincin sekiranya anda mahu yang ditempah khas.
- Selesaikan kursus perkahwinan ataupun sebarang prosedur perkahwinan mengikut tradisi masing-masing.
- Mula memilih Hiasan Bilik Tidur dan Pelamin ( sekiranya tiada dalam pakej andaman yang ditempah ).
- Memilih pengapit dan pakaiannya sekiranya ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
- Mula menjalani rawatan kecantikan.
Sebulan Sebelum Majlis ;
- Senaraikan tetamu yang mengesahkan kedatangan.
- Tetapkan jumlah jemputan kepada pihak Katering.
- Tetapkan JuruAndam / JuruMekap.
- Tetapkan JuruFoto / JuruVideo.
- Menyiapkan Barang Hantaran.
- Mencuba makanan sama ada Hotel / Katerer.
- Menetapkan Jurunikah ( bagi pasangan islam ).
- Sudah menetapkan Tarikh Penerbangan / Perjalanan keluarga untuk bertandang ke majlis persandingan pihak keluarga pengantin.
Seminggu Sebelum Majlis ;
- Mencuba Pakaian Nikah / Pakaian Pengantin.
- Mencuba Mekap pengantin.
- Menetapkan susun atur tempat duduk ( jika di buat di hotel / dewan ).
- Mula Menyiapkan Pelamin dan Bilik Tidur.
- Sudah berkemas barang untuk berbulan madu.
- Sudah berkemas barang pakaian untuk perpindah ke rumah mertua ( malam pertama di rumah pengantin )
- Menetapkan pengapit ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
- Menetapkan Atur Cara Majlis dan memilih JuruCakap ( M.C ) untuk melicinkan lagi majlis pernikahan / persandingan di ( rumah / hotel / dewan ).
- Sementara menanti hari bahagia dapatkan Rehat yang secukupnya.
- Pergi Spa ( kecantikan ) atau urutan tradisional untuk menyegarkan kulit tubuh badan penganti.
Di Hari Perkahwinan ;
- Tidur dengan seculupnya dan bangun dengan perasaan dan semangat yang baru dan ceria.
- Sentiasa berDoa ke Hadrat Ilahi supaya semua perancangan / persiapan majlis berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah hendakNya.
- Menghadapi hari dengan tenang dan gembira. Jadilah pengantin yang berbahagia.
- Tidak lupa mengucap Terima Kasih kepada tetamu dan individu yang terlibat dalam majlis gemilang itu.
- Yakin dan Bersedia menghadapi Hidup Berumahtangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan