Memori Indah Bersama ...
Rizal
&
Meniti Waktu Terindah
RIZAL B. HJ. JIMLI
SITI HAJJAR BT. HJ. ABD KADIR
Akad Nikah :
Jumaat - 01 May 2009,
Jumaat - 01 May 2009,
Bertempat : Masjid Sungai Besar, Serbak Bernam, Selangor
Fotografi : Onizuka69, Kuala Lumpur
Videografi : Hana D'Butik
Fotografi : Onizuka69, Kuala Lumpur
Videografi : Hana D'Butik
Majlis Resepsi ( Perempuan ) :
Sabtu - 02 May 2009,
Sabtu - 02 May 2009,
Lokasi : Rumah Pengantin Perempuan - Taman Bedena, Jalan Kayu Manis, Sungai Besar, Serbak Bernam, Selangor
Busana, Perancangan Perkahwinan, Bunga-bungaan dan Dekorasi : Hana D'Butik
Hidangan Santapan : J.K.K Sugai Besar, Serbak Bernam, Selangor
Busana, Perancangan Perkahwinan, Bunga-bungaan dan Dekorasi : Hana D'Butik
Hidangan Santapan : J.K.K Sugai Besar, Serbak Bernam, Selangor
Fotografi : Candidsyndrome, Kuala Lumpur
Videografi : Hana D'Butik
Andaman : Hana D'Butik
Idea Tema dan Warna : Siti Hajjar Bt. Abd Kadir
Idea Tema dan Warna : Siti Hajjar Bt. Abd Kadir
Gubahan Barang Perkahwinan : Ruzina, Seri Kembangan, Selangor
Kad Undangan Perkahwinan : LH Creative Concept, Kuala Lumpur
Rekaan Cenderhati : Ahli Keluarga Siti Hajjar
Majlis Resepsi ( Lelaki ) :
Sabtu - 20 June 2009,
Sabtu - 20 June 2009,
Lokasi : Rumah Pengantin Lelaki - Kampung Assyakirin, Jalan Mawar, Fasa 2, Bintulu Sarawak
Busana, Perancangan Perkahwinan, Bunga-bungaan dan Dekorasi : Permata Idaman, Bintulu
Hidangan Santapan : W.I - Kumpulan Wanita Bintulu
Busana, Perancangan Perkahwinan, Bunga-bungaan dan Dekorasi : Permata Idaman, Bintulu
Hidangan Santapan : W.I - Kumpulan Wanita Bintulu
Fotografi : ZulMaha
Videografi : Ismail - Mail Handycam ( Permata Idaman )
Andaman : Nor Azah - Ratu Collection ( Pakej Permata Idaman )
Idea Tema dan Warna : Rizal B. Hj. Jimli ( Permata Idaman )
Idea Tema dan Warna : Rizal B. Hj. Jimli ( Permata Idaman )
Gubahan Barang Perkahwinan : Ruzina, Seri Kembangan, Selangor
Kad Undangan Perkahwinan : LH Creative Concept ( Permata Idaman )
Rekaan Cenderhati : Permata Idaman dan Ahli Keluarga
"Hadir dirimu dalam duniaku, kan ku sinari harimu bersama cahaya cintaku. Berkunjung hadir kasihmu dalam ruang hatiku, kan ku bendung ianya abadi dalam sanubari. Ini ku laksanakan seikhlas hati kerana dirimu sentiasa ku sayangi dan mengasihi hingga keakhir hayatku, inysaAllah ..."
Rizal dan Siti Hajjar saling sama memiliki rasa cinta. Bebenang kasih saling berpintal teguh setelah hati saling mengenali dan memahami. Jalinan perkenalan bermula sewaktu pertamakali Siti Hajjar menjejak kaki ke Bandar Bintulu sewaktu masih menuntut di Universiti Putera Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Di situ kami saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan makin erat menjalinkan persahabatan dan mengakrabkan lagi sulaman cinta tika itu. Merubah persepsi Siti Hajjar, memilih orang Sarawak untuk menjadi teman istimewa dalam hidupnya. Begitu juga bagi Rizal, Siti Hajjar yang dilihat kini ternyata cantik menawan dan memiliki segalanya untuk dijadikan isteri tersayang...
Untaian bebenang kasih yang saling bertaut rapat, bersulam kemas pada hamparan layah cinta. Begitu indah panorama cinta tersingkap bersama keistimewaan pasangan yang dikasihi.
Jauh di sudut hati Siti Hajjar, Rizal yang dicintai sentiasa tenang, peramah dan amat menghargai setiap detik yang tercipta bersama. Rizal bagaikan pelengkap kekurangan dirinya. Seorang yang bertanggungjawab, kekasih hatinya ini juga seorang yang senantiasa berusaha memajukan diri dan kejayanya...
Bagi Rizal, Siti Hajjar terlalu istimewa untuk dirinya. Siti Hajjar hadir dalam diri Rizal kerana cukup memahami apa kehendak diri malah faham akan perangai dan kerjaya Rizal. Dia seorang yang tegas dalam pendiriannya. Namun hatinya lembut, penyayang, menghormati orang tua, berpegang kepada agama dan istimewanya Siti Hajjar wajah sentiasa tersenyum dan bertemankan sokongan yang diberi bersama ungkapan ikhlas yang tidak pernah lekang dari bibirnya, " Alhamdulillah, Terima Kasih Sayang. "
Sememangnya, Jodoh telah ditentukan oleh Allah untuk memilih Siti Hajjar dalam diri Rizal buat selamanya.
" Love you so much my wife. Thank you for being my other half. " - Rizal -
" You complete my life and I love you always! " - Siti Hajjar -
Sepakat dua hati menyambut kehadiran cinta, muafakat keluarga menghulur restu, bertarikh 1 May 2009, permulaan kehidupan berkeluarga buat Rizal dan Siti Hajjar, sah bergelar suami isteri. Tersingkap bersama kenangan perkahwinan yang paling istimewa.
Bagi Rizal, selepas akad nikah dengan satu kali lafas berlangsung lega sejenak hatinya malah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana hasrat penyatuan cintanya dengan Siti Hajjar tertunai sudah bersama restu daripada seisi keluarga.
Bagi Siti Hajjar pula, semestinya semasa Rizal melafazkan akad nikah. Ketika itu, Rizal dengan rasa yakin dan lantang apabila menyebut "... isteri saya Siti Hajjar Bt. Abd Kadir " dan menghabiskan pembacaan taklik. Sungguh indah memori yang tercipta melatari permulaan kehidupan Rizal dan Siti Hajjar ...

" You are my heart, my strength and my soul. I will be a good husband and fater to our family insyaAllah ..." - Rizal -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan