Khamis, 15 April 2010

Permata Idaman - BEAUTIFUL WEDDINGS




Assalamualaikum dan Salam penuh hormat untuk semua pembaca blog Permata Idaman yang diingati ...

Selamat Datang ke blog Permata Idaman - BEAUTIFUL WEDDINGS, Bintulu Sarawak ...

Kami amat teruja dengan sambutan semua pelangan yang mengunakan Pakej Permata Idaman semenjak ditubuhkan pada awal tahun 2005 dan saya serta semua team Permata Idaman akan berusaha berlipat kali ganda untuk memastikan semua perkhidmatan kami yang terbaik dan harus memberi idea segar untuk kepuasan semua pelangan di Bandar Bintulu serta pelusuk Sarawak amnya ...

" Kami Akan Merialisasikan Impian Anda " 

Menempuh hari bersejarah, tentunya suatu penantian penuh debaran bagi keluarga pengantin terutamanya kedua mempelai yang bakal melangkah ke jingang Mahligai ...

Usah risau lagi, kami  akan menyelesaikan masalah  dan  memahami  setiap keperluan  Resepsi anda ... 

Permata Idaman, satunya kedai yang memberi konsep yang unik, dilengkapi dengan pelbagai jualan barangan persiapan Perkahwinan / Pertunangan / Aqiqah , Pakej Lengkap Perkahwinan , Aksesori Perkahwinan , Koleksi Bunga Telur dan Hantaran dengan rekaan terkini , Cenerhati Tetamu , Kad Jemputan Perkahwinan yang terkini , Koleksi Baju Pengantin dari Kuala Lumpur , Pelamin Rekaan Eksklusif dan sebagainya ...

Luangkan masa anda untuk mengunjungi Cawangan Baru Terbesar kami  kini diBuka di 

LOT 4031 , 1st. FLOOR, PARK CITY COMMERCE SQUARE, FASE 5, 
97000 BINTULU SARAWAK.
(berhadapan bangunan PERPIKAT Bintulu )

Untuk sebarang maklumat dan temujanji,
Sila hubungi atau SMS kepada   :  En. Rizal  ( Pengurus )  
Tel : 012 - 5923 023
Fax : Rizal-Permata Idaman  086 - 317 021
http://www.facebook.Rizal Permata Idaman.com

Segala Persoalan Bakal Dipertemukan Jawapannya DiSini .........



Selasa, 13 April 2010

+ perancangan / idea


Pastikan tidak ada yang TERLUPA . . .

Persediaan Majlis Perkahwinan bukanlah mudah kerana anda dan keluarga akan menerima ramai tetamu pada masa yang sama.  Oleh itu, anda perlu berhati-hati.  Pastikan ia molek dan tidak pincang dan dapat memuaskan semua tetamu yang hadir.  Lantaran itu, tidak kira sama ada majlis yang di adakan kecil , sederhana atau besar, perkara utama yang perlu dilakukan ialah perancangan yang teliti.  Anda boleh mengikut panduan mudah yang tertera di sini untuk menyusun agenda majlis anda ...




3 Bulan Sebelum Majlis ;
  • Tarikh Majlis sudah ditetapkan.
  • Menyenaraikan jumlah tetamu.
  • Menempah kad undangan.
  • Membuat tempahan Hotel / Dewan.
  • Menempah Katerer dan Khemah ( jika majlis berlangsung di rumah ).
  • Tempahan JuruFoto dan JuruVideo.
  • Tempahan Baju Pengantin / Baju Nikah dan JuruAndam.
  • Mulakan pencarian lokasi bulan madu.
  • Mengumpul barang hantaran.
  • Menempah cincin sekiranya anda mahu yang ditempah khas.
  • Selesaikan kursus perkahwinan ataupun sebarang prosedur perkahwinan mengikut tradisi masing-masing.
  • Mula memilih Hiasan Bilik Tidur dan Pelamin ( sekiranya tiada dalam pakej andaman yang ditempah ).
  • Memilih pengapit dan pakaiannya sekiranya ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
  • Mula menjalani rawatan kecantikan.



Sebulan Sebelum Majlis ;
  • Senaraikan tetamu yang mengesahkan kedatangan.
  • Tetapkan jumlah jemputan kepada pihak Katering.
  • Tetapkan JuruAndam / JuruMekap.
  • Tetapkan JuruFoto / JuruVideo.
  • Menyiapkan Barang Hantaran.
  • Mencuba makanan sama ada Hotel / Katerer.
  • Menetapkan Jurunikah ( bagi pasangan islam ).
  • Sudah menetapkan Tarikh Penerbangan / Perjalanan keluarga untuk bertandang ke majlis persandingan pihak keluarga pengantin.



Seminggu Sebelum Majlis ;
  • Mencuba Pakaian Nikah / Pakaian Pengantin.
  • Mencuba Mekap pengantin.
  • Menetapkan susun atur tempat duduk ( jika di buat di hotel / dewan ).
  • Mula Menyiapkan Pelamin dan Bilik Tidur.
  • Sudah berkemas barang untuk berbulan madu.
  • Sudah berkemas barang pakaian untuk perpindah ke rumah mertua ( malam pertama di rumah pengantin )
  • Menetapkan pengapit ( termasuk pengapit kanak-kanak ).
  • Menetapkan Atur Cara Majlis dan memilih JuruCakap ( M.C ) untuk melicinkan lagi majlis pernikahan / persandingan di  ( rumah / hotel / dewan ).
  • Sementara menanti hari bahagia dapatkan Rehat yang secukupnya.
  • Pergi Spa ( kecantikan ) atau urutan tradisional untuk menyegarkan kulit tubuh badan penganti.



















Di Hari Perkahwinan ;
  • Tidur dengan seculupnya dan bangun dengan perasaan dan semangat yang baru dan ceria.
  • Sentiasa berDoa ke Hadrat Ilahi supaya semua perancangan / persiapan majlis berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah hendakNya.
  • Menghadapi hari dengan tenang dan gembira. Jadilah pengantin yang berbahagia.
  • Tidak lupa mengucap Terima Kasih kepada tetamu dan individu yang terlibat dalam majlis gemilang itu. 
  • Yakin dan Bersedia menghadapi Hidup Berumahtangga. 




        + Langkah Melakar Inai Di Tangan



        Panduan Am ;

        1. Untuk mandapat kesan yang memuaskan, biarkan henna selama 3 hingga 4 jam atau semalaman. Bagi mengelakkan inai luruh, sapukan campuran air gula dan jus limau nipis menggunakan purik kapas.
        2. Henna tidak perlu di cuci kerana ia akan luruh sendiri kemudian barulah boleh dibersihkan dengan air suam.
        3. Penyerapan dan kepekatan mehndi bergantung kepada jenis darah anda. Walaupun warnanya pudar setelah dicuci namun beberapa jam kemudian, ia semakin merah dan terang.
        4. Agar warna henna lebih lama, minum susu segar setiap hari kerana susu berupaya menghangatkan perjalanan darah.



          Khamis, 8 April 2010

          + panduan & tips ;


          TETAMU HADIR DENGAN PENUH RIANG DAN PULANG DENGAN PENUH MAKNA


          1-   KAD UNDANGAN ;

             "Utusan dikirim mengundang datang, jauh dan dekat dijemput bertandang"  itulah tujuan kad undangan diutus sekalian kenalan, sanak-saudara dan jiran tetangga.  Jangan ambil mudah, utuslah undangan yang sempurna.

             Tidak semestinya melibatkan kos yang tinggi, apa yang penting adalah sedap mata memandang dan luangkanlah masa atau berwakilkan ahli keluarga untuk menjemput tetamu yang bakal anda undang. Pasti mereka akan berbesar hati untuk menghadiri majlis bersejarah anda itu.

          2-   LOKASI ;

             Tidak kira mana jua cadangan lokasi majlis resepsi anda sama ada di rumah, dewan sekalipun di hotel terkemuka, "lokasi yang strategik" bersama delorasi yang tepat amat memainkan peranan penting dalam merealisasikan perlangsungan sesebuah majlis perkahwinan.  Lokasi yang menjadi latar penyaksian penyatu cinta anda dan si dia  haruslah :

          a)    SELESA,  yakni jumlah jemputan haruslah bertepatan dengan ruang lokasi yang menjadi pilihan bagi mengelakkan kesesakan tetamu uang hadir dalam satu-satu tempoh masa.

          b)   MUDAH,  untuk para jemputan hadir. Pernah anda bertembung dengan situasi sukar mencari lokasi perkahwinan yang anda ingin tahu ?  Pasti anda lebih mengetahui bagaimana payahnya keadaan yang ditempuhi, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi, rancanglah lokasi yang strategik emi kebaikan semua pihak.

          c)   MENEPATI  gaya majlis idaman yang anda berdua idam-idamkan. Realisasikanlah segala anganan anda berdua bersama lokasi yang bersesuaian dengan konsep yang dirancang.  Ini penting dalam menaikkan mood yang ingin disampaikan.  Contohnya jika anda inginkan konsep perkahwinan bertemakan beach wedding.  Carilah lokasi menghadap laut yang benar-benar dapat diekspresikan konsep tersebut selain hanya menggunakan dewan yang terletak di pusat bandar.


          3-   KASIH SAYANG ;

             Perlihatkan kasih sayang kekeluargaan. Hati para tetamu pasti tersentuh apabila melihat seisi keluarga 'turun padang' terutamanya dalam mengetahui urusan perihal santapan.
             
          Segala pengalaman dan rasa ikhlas yang lahir akan memberikan impak yang berlainan pada mata hati para hadirin. Terutamanya jenis pilihan masakan datangnya daripada masakan tradisi resepi turun-temurun keluarga anda. Semestinya akan terserlah keenakannya dengan rasa yang tersendiri.


          4-   RAMAH MESRA ;

             Majlisserba meriah, tambahkan lagi kemanisan memori yang tercipta bersama tetamu anda dengan beramah mesra sambil saling menghulurkan cendrhati istimewa buat mereka. Menghargai kesudian tetamu yang datang memberi restu atau penyatu cinta anda pasti memberi suatu perasaan yang istimewa sdi sudut hati tetamu anda.


          Berhulur kasih bersalam sayang,
          Berjemput mulut mengundang datang;
          Tetamu hadir berwajah riang,
          Pulangnya juga berhati senang...

          Petikan Dari : Ratu Sehari 

          Rabu, 7 April 2010

          + pakej perkahwinan lengkap di Dewan ;


           ( PAKEJ TAMAT - 2010 )

          Pakej Lengkap Pengantin 
          Pilihan Khas Di-Dewan / Hotel


          A) Pakej Sentuhan Romantis RM ( PAKEJ TAMAT )  :
          • Set Pelamin Dewan Lengkap - ( ikut pakej )
          • Sepasang Baju Persandingan Pilihan - ( L/P )
          • Set Aksesori Pilihan - ( L/P )
          • Selendang / Veil / Tudung / Bunga Tangan / Kasut - P.
          • Set Tanjak / Keris / Set Samping - L.
          • 2x Make-up - Andaman Pilihan - ( Nikah / Bersandingan )
          • 1-Set Deco Meja Makan Pengantin - ( 10 orang )
          • 2-Set Deco Meja Makan - Vip / Keluarga
          • P.A. Sistem Di-Dewan 1-Hari - ( Termasuk Set Karaoke )  
              
              Percuma : Raptai / Rehearsal - Di Dewan
              Percuma : Deco Laluan Taman Pengantin  +
                               Pintu Gerbang  +  2 Bantal Nikah sahaja ...









          B) Pakej Semarak Mekar  - RM ( PAKEJ TAMAT )  :
          • Set Pelamin Dewan Lengkap Dengan Ekslusf - ( ikut pakej )
          • Sepasang Baju Persandingan Pilihan - ( L/P )
          • Set Aksesori Pilihan - ( L/P )
          • Selendang / Veil / Tudung / Bunga Tangan / Kasut - P.
          • Set Tanjak / Keris / Set Samping - L.
          • 2x Make-up - Andaman Pilihan - ( Nikah / Bersandingan )
          • Dua (2) Baju Persalinan - (P) - ( ikut pakej ) 
          • 1-Set Deco Meja Makan Pengantin - ( 10 orang )
          • 4-Set Deco Meja Makan - Vip / Keluarga
          • P.A. Sistem 2-Hari- ( Termasuk Set Karaoke ) - ( Di Rumah + Dewan )
              
              Percuma : Raptai / Rehearsal - Di Dewan
              Percuma :Deco Laluan Taman Pengantin + Pintu Gerbang + 
                              2 Bantal Nikah  +  Set Merenjis  +  Hiasan Kereta                             Pengantin sahaja ...








          --------------------------------------------------------------------------------------------------------------









          Busana Dewan/ Hotel